SEDIH, takut dan malu. Perasaan ini pasti menyelubungi pesakit payu
dara. Lebih-lebih lagi, hilangnya teman ketawa senda seperti dulu.
Wanita pula semakin kurang keyakinan apabila kehilangan perhiasan diri
itu. Mungkin itulah aset keindahan wanita. Kehilangannya akibat barah
tetap memberikan kesan mendalam kepada wanita.
Justeru, MBF Cards (M) Sdn Bhd dengan Pusat Perubatan Pantai Kuala
Lumpur (PPPKL) telah mengadakan ceramah kanser payu dara dan rahim Julai
lalu. Dalam pada itu, meneruskan Kempen Kesihatan Merah Jambu,
kedua-duanya menawarkan pakej kesihatan termasuk vaksin HPV, pemeriksaan
payu dara dan pap smear bernilai RM 580 di PPPKL.
"Tidak dinafikan menangani barah amat perit, tetapi ia usaha yang
munasabah. Bukan sahaja pesakit, keluarga dan rakan-rakan perlukan
pengetahuan dan mengambil tindakan segera, berhubung kesan barah dan
bagaimana cara terbaik mengatasinya. Ini penting untuk mengubah stigma
masyarakat terhadap kanser ini," jelas Pakar Pembedahan Kanser Payu Dara
PPPKL, Dr Azlina Firzah Abdul Aziz.
Dr. Azlina menambah, pengetahuan tentang kanser ini perlu didedah kepada masyarakat pada peringkat usia remaja.
Katanya, ramai remaja yang kurang pendedahan kerana penyakit ini sering dikaitkan dengan mereka yang berusia 40 ke atas.
"Pada tahun 2003 hingga 2005, sebanyak 11952 kes kanser payu dara
telah dilaporkan. Di Asia seperti Malaysia, statistik mengikut umur amat
berbeza dengan negara barat. Di sini, mereka dalam lingkungan umur
20-an dan 30-an juga berisiko. Kebanyakan kes melibatkan mereka yang
masih muda," tambahnya.
Buat wanita di luar sana, nasihat Azlina,
"Amalkan pemakanan yang seimbang dan pakai pakaian dalam seperti coli
yang sesuai. Itu saja. Tidak kiralah ketika hamil, datang bulan dan
sebagainya. Sama saja nasihatnya.
"Jika organ ini tidak ada, tiadalah beza antara lelaki dan wanita. Ia
organ seksual dan melibatkan keyakinan diri, sama ada dengan pasangan,
kawan-kawan atau komuniti sekeliling.
"Saya kenal orang yang sudah kehilangan payu dara dan trauma yang
terpaksa dilalui amat perit. Kos rawatan untuk kemoterapinya juga sangat
tinggi," ujarnya
Antara bintang Hollywood yang berjuang untuk melawan kanser payu dara.
l Kylie Minogue
Penyanyi yang bersuara seksi ini menerima berita dia menghadapi
kanser pada tahun 2005. Setelah menjalani pembedahan dan kemoterapi
selama lapan bulan, dia dikatakan bebas dari penyakit maut tersebut.
l Sheryl Crow
Dia disahkan menghidap kanser payu dara ketika memasuki usia 48
tahun. Dia telah mengambil dua orang anak lelaki sebagai anak angkat
sebagai penawar duka sepanjang dia menjalani proses rawatan.
l Cynthia Nixon
Wanita yang popular dengan watak Miranda Hobbes dalam cerita 'Sex and
the City' ini disahkan menghidap kanser payu dara pada 2006. Setelah
dia menjalani pembedahan dan kemoterapi selama enam hingga lima bulan
dia berjaya bebas dari penyakit maut tersebut.
l Christina Applegate
Pada Ogos 2008, melalui jurucakapnya , Christina Applegate
mendedahkan kepada orang ramai bahawa dia tengah berjuang melawan kanser
payu dara. Dia membuat pemeriksaan kesihatan awal kerana ibunya
merupakan pesakit kanser payu dara dan rahim. Pemeriksaan yang dibuatnya
membuatkan dia sembuh lebih awal.
l Suzanne Somers
Namanya meningkat naik ketika dia memegang watak dalam beberapa
cerita komedi seperti 'Step by Step' dan 'Three's Company'. Dia menjadi
perhatian ketika menerima laporan kanser payu ara sembilan tahun yang
lalu.
Dia yang menjalani terapi holistik, akhirnya sembuh, dia juga sempat
bercakap di acara 'Oprah Winfrey Show' mengenai kekuatan mental yang
dapat menyembuhkan penyakitnya.
Friday, December 28, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment