KEMATIAN mengejut wartawan penyiaran NBC News, Tim Russert, 58,
dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, 59, pada tahun 2008
memeranjatkan ramai orang.
Tidak terkecuali Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharom, 50,
dan penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, pada
tahun 2009.
Kesemua mereka meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung.
Biarpun begitu, petanda awal kepada serangan jantung itu sudah diduga kerana masing-masing merupakan penghidap diabetes.
Perkara tersebut diakui oleh Ketua Endikronologi, Pusat Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Nor Azmi Kamaruddin.
Jelas Nor Azmi, selain daripada kesan fizikal seperti gangren iaitu
anggota tubuh mati atau membusuk akibat diabetes, penyakit itu juga
menjadi pencetus kepada pelbagai penyakit kronik yang lain.
“Ramai orang yang hanya mengaitkan diabetes dengan kesan buruk yang
berakhir dengan kaki pesakit terpaksa dipotong. Namun, hakikatnya ia
boleh menyumbang kepada masalah kesihatan seperti kegagalan fungsi buah
pinggang, katarak mata, sakit jantung dan serangan angin ahmar,” kata
Nor Azmi.
Menurut kajian di Amerika Syarikat, sakit jantung yang berpunca
daripada diabetes merupakan sebab utama kematian di negara itu iaitu
sebanyak 55 peratus. Sebanyak 10 peratus pula kematian disebabkan
angin ahmar yang berpunca daripada diabetes.
Thursday, December 27, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment