tag:blogger.com,1999:blog-46853679263153610992024-02-07T16:17:11.227+08:00Blog Informasi KesihatanAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/10450757570135467774noreply@blogger.comBlogger13125tag:blogger.com,1999:blog-4685367926315361099.post-48268831171737053462012-12-28T15:17:00.000+08:002012-12-28T15:23:18.381+08:00Ramai Yang Tidak SuburHASIL daripada kajian terbaru yang dijalankan ke atas 1,000 wanita di 10 negara Asia termasuk Malaysia, mendedahkan tentang ceteknya pengetahuan mengenai kesuburan yang menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan.

Kajian yang dinamakan Starting Families Asia itu dilakukan oleh Merck Serono, sebuah syarikat farmasutikal antarabangsa berpangkalan di Darmstadt, Jerman, dengan kerjasama Bahagian Kesuburan dan Endokrinologi Reproduktif di Pusat Wanita, Hospital Universiti Kebangsaan (NUH), Singapura.

Kajian yang merupakan terbesar di Asia itu telah disahkan oleh Asia Pacific on Reproduction (ASPIRE) dan dijalankan di antara tahun 2011 hingga 2012.
Ia bagi membolehkan pengamal perubatan dan pembuat polisi di negara-negara yang terlibat dalam kajian itu dibantu bagi memulakan keluarga.

Selain itu, masalah-masalah yang dikenal pasti dapat ditangani bagi membantu wanita mendapat peluang untuk hamil termasuk meningkatkan pengetahuan kesuburan, mengatasi masalah kesuburan dan salah tanggapan mengenai rawatan kesuburan.

Bercakap mengenai kajian tersebut, Timbalan Dekan (Siswazah dan Hubungan Antarabangsa) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Zainul Rashid Mohamad Razi berkata, hasil kajian mendapati wanita dan pasangan perlu mendapatkan bantuan apabila merancang untuk memulakan keluarga, terutama bagi mereka yang menghadapi masalah untuk hamil.

Kajian itu juga kata beliau, menyebut bahawa lebih banyak pendidikan umum dan kepekaan daripada segi umur dan masalah perubatan memberi kesan pada kesuburan juga pilihan rawatan, boleh diperoleh kepada mereka yang menderita masalah kesuburan.

Beliau yang juga pakar perunding kanan O & G serta pakar kesuburan, ditemui pada sidang akhbar mengenai kurangnya pengetahuan mengenai kesuburan di kalangan wanita Malaysia di sini baru-baru ini.

Dr. Zainul Rashid berkata, Starting Families Asia turut mendedahkan sebanyak 43 peratus wanita yang terlibat dalam kajian tersebut memahami bahawa pasangan itu dianggap tidak subur jika gagal hamil selepas setahun mencuba.

''Sementara sebanyak 36 peratus lagi mendapati wanita yang berusia 40-an mempunyai peluang yang rendah untuk hamil daripada yang berusia 30-an.
''Juga 32 peratus lagi mendapati gaya hidup yang sihat tidak semestinya menjanjikan kehamilan.

Ini bermakna mereka tidak mendapatkan bantuan atau rawatan yang boleh membantu peluang mereka untuk hamil terutama bagi wanita yang berumur lebih 35 tahun.

''Ramai wanita percaya takdir turut berperanan dalam masalah kesuburan. Di Malaysia, 71 peratus wanita percaya ketidaksuburan adalah takdir Tuhan manakala 42 peratus lagi menganggap mereka tidak bernasib baik,'' ujar beliau.

Beliau menambah, juga terdapat cetek pengetahuan mengenai isu kesuburan lelaki. Sebanyak 51 peratus wanita tidak mengetahui bahawa lelaki mungkin tidak subur walaupun mereka boleh berereksi dan 49 peratus lagi tidak menyedari bahawa seseorang lelaki mungkin tidak subur walaupun mereka boleh mengeluarkan sperma.

Ujar Dr. Zainul Rashid, walaupun kepekaan mengenai pilihan rawatan kesuburan adalah tinggi, namun, kira-kira 30 peratus daripada wanita yang terlibat dalam kajian tersebut tidak begitu bersungguh-sungguh mahu mendapatkan bantuan profesional walaupun mereka mengsyaki mempunyai masalah kesuburan.

''Di Malaysia, 52 peratus wanita yang terlibat dalam kajian itu yang mencuba untuk hamil dalam tempoh lebih enam bulan tidak mengetahui lokasi pusat kesuburan berhampiran.

''Satu-satunya halangan yang menyebabkan wanita tidak mendapatkan rawatan kesuburan ialah kos yang tinggi.
''Bagi wanita yang mendapatkan bantuan profesional, mereka turut mendapat nasihat daripada profesional perubatan dan menjalani ujian-ujian diagnostik selain terapi alternatif," katanya.

Beliau menambah, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), beberapa negara di Asia seperti China, Jepun, Korea Utara, Singapura, Thailand dan Vietnam telah mencecah paras di bawah tahap kesuburan.

Ujar beliau, empat daripada negara yang mempunyai taraf ekonomi yang tinggi, iaitu Jepun, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan adalah di antara negara yang mempunyai kadar kelahiran yang rendah di dunia.

Sementara itu, Pengarah Urusan Merck Malaysia Berhad, Alex Chua yang turut hadir pada majlis tersebut berkata, kadar kelahiran bayi di negara ini menurun kepada 2.2 peratus pada tahun 2008 daripada 2.6 peratus pada tahun 2000.

''Oleh kerana Malaysia akan menuju ke arah bangsa yang membangun pada tahun 2020, penurunan ini agak membimbangkan kerana akan mengurangkan jumlah generasi muda sebaik sahaja negara ini menjadi negara membangun.

''Walau bagaimanapun bukan Malaysia sahaja yang menghadapi isu penurunan kadar kelahiran. Namun, Malaysia merupakan contoh utama bagi trend yang melanda Asia ini.

'Dengan kadar kesuburan yang terendah di dunia, penurunan kadar kelahiran di Asia menjadi kebimbangan sosial dan ekonomi bagi hampir semua bangsa dan kerajaan.

''Inilah sebabnya mengapa Merck Serono percaya adalah penting bagi pihaknya membantu pasangan suami isteri bagi memulakan keluarga,'' jelasnya.

Oleh MERAN ABU BAKAR

Sumber: Utusan
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/10450757570135467774noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4685367926315361099.post-24929430173101849152012-12-28T15:04:00.002+08:002012-12-28T15:04:42.974+08:00Melawan Kanser Payu DaraSEDIH, takut dan malu. Perasaan ini pasti menyelubungi pesakit payu
dara. Lebih-lebih lagi, hilangnya teman ketawa senda seperti dulu.
Wanita pula semakin kurang keyakinan apabila kehilangan perhiasan diri
itu. Mungkin itulah aset keindahan wanita. Kehilangannya akibat barah
tetap memberikan kesan mendalam kepada wanita.

Justeru, MBF Cards (M) Sdn Bhd dengan Pusat Perubatan Pantai Kuala
Lumpur (PPPKL) telah mengadakan ceramah kanser payu dara dan rahim Julai
lalu. Dalam pada itu, meneruskan Kempen Kesihatan Merah Jambu,
kedua-duanya menawarkan pakej kesihatan termasuk vaksin HPV, pemeriksaan
payu dara dan pap smear bernilai RM 580 di PPPKL.

"Tidak dinafikan menangani barah amat perit, tetapi ia usaha yang
munasabah. Bukan sahaja pesakit, keluarga dan rakan-rakan perlukan
pengetahuan dan mengambil tindakan segera, berhubung kesan barah dan
bagaimana cara terbaik mengatasinya. Ini penting untuk mengubah stigma
masyarakat terhadap kanser ini," jelas Pakar Pembedahan Kanser Payu Dara
PPPKL, Dr Azlina Firzah Abdul Aziz.

Dr. Azlina menambah, pengetahuan tentang kanser ini perlu didedah kepada masyarakat pada peringkat usia remaja.

Katanya, ramai remaja yang kurang pendedahan kerana penyakit ini sering dikaitkan dengan mereka yang berusia 40 ke atas.

"Pada tahun 2003 hingga 2005, sebanyak 11952 kes kanser payu dara
telah dilaporkan. Di Asia seperti Malaysia, statistik mengikut umur amat
berbeza dengan negara barat. Di sini, mereka dalam lingkungan umur
20-an dan 30-an juga berisiko. Kebanyakan kes melibatkan mereka yang
masih muda," tambahnya.

Buat wanita di luar sana, nasihat Azlina,

"Amalkan pemakanan yang seimbang dan pakai pakaian dalam seperti coli
yang sesuai. Itu saja. Tidak kiralah ketika hamil, datang bulan dan
sebagainya. Sama saja nasihatnya.

"Jika organ ini tidak ada, tiadalah beza antara lelaki dan wanita. Ia
organ seksual dan melibatkan keyakinan diri, sama ada dengan pasangan,
kawan-kawan atau komuniti sekeliling.

"Saya kenal orang yang sudah kehilangan payu dara dan trauma yang
terpaksa dilalui amat perit. Kos rawatan untuk kemoterapinya juga sangat
tinggi," ujarnya

Antara bintang Hollywood yang berjuang untuk melawan kanser payu dara.

l Kylie Minogue

Penyanyi yang bersuara seksi ini menerima berita dia menghadapi
kanser pada tahun 2005. Setelah menjalani pembedahan dan kemoterapi
selama lapan bulan, dia dikatakan bebas dari penyakit maut tersebut.

l Sheryl Crow

Dia disahkan menghidap kanser payu dara ketika memasuki usia 48
tahun. Dia telah mengambil dua orang anak lelaki sebagai anak angkat
sebagai penawar duka sepanjang dia menjalani proses rawatan.

l Cynthia Nixon

Wanita yang popular dengan watak Miranda Hobbes dalam cerita 'Sex and
the City' ini disahkan menghidap kanser payu dara pada 2006. Setelah
dia menjalani pembedahan dan kemoterapi selama enam hingga lima bulan
dia berjaya bebas dari penyakit maut tersebut.

l Christina Applegate

Pada Ogos 2008, melalui jurucakapnya , Christina Applegate
mendedahkan kepada orang ramai bahawa dia tengah berjuang melawan kanser
payu dara. Dia membuat pemeriksaan kesihatan awal kerana ibunya
merupakan pesakit kanser payu dara dan rahim. Pemeriksaan yang dibuatnya
membuatkan dia sembuh lebih awal.

l Suzanne Somers

Namanya meningkat naik ketika dia memegang watak dalam beberapa
cerita komedi seperti 'Step by Step' dan 'Three's Company'. Dia menjadi
perhatian ketika menerima laporan kanser payu ara sembilan tahun yang
lalu.

Dia yang menjalani terapi holistik, akhirnya sembuh, dia juga sempat
bercakap di acara 'Oprah Winfrey Show' mengenai kekuatan mental yang
dapat menyembuhkan penyakitnya.

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH

Sumber: Utusan

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/10450757570135467774noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4685367926315361099.post-60644612656691864972012-12-28T11:37:00.003+08:002012-12-28T11:37:57.017+08:00Kanser Payu Dara Lelaki"Cara pengesanan, diagnosis serta rawatannya memang sama dengan
kanser payudara wanita. Di Malaysia, kes kanser payu dara lelaki memang
tidak begitu tinggi berbanding wanita dengan satu peratus saja kes
dicatatkan.

"Namun begitu tidak bermakna lelaki harus mengabaikan segala
perubahan yang terjadi di bahagian payu dara mereka kerana sikap
tersebut boleh menyebabkan mereka yang sendiri menanggung
penderitaannya," ujar pakar onkologi dari Hospital Pantai Bangsar, Kuala
Lumpur, Dr. John Low.

Walaupun peratusan kes kanser payu dara lelaki amat sedikit
berbanding wanita tetapi menurut Dr. John, jumlah penghidapnya meningkat
dari tahun ke tahun.

"Kalau wanita kanser payu dara menjadi pembunuh nombor satu tetapi
bagi lelaki tahapnya belum sampai begitu jadi kesedaran di kalangan
mereka amat rendah.

"Lelaki selalunya kalau ada bengkak atau kelainan pada payu dara
memang tidak akan terfikir tentang kanser. Tapi mereka tidak tahu jika
kelainan tersebut tidak dikesan lebih awal maka ia boleh merebak dengan
lebih cepat.

"Kerap berlaku apabila kanser dikesan ia sudah berada di tahap yang
agak lewat dan sukar untuk dirawat menyebabkan peratus untuk sembuh
menurun," katanya.

Menurut Dr. Low, penyakit ini juga ada kaitan dengan gen atau
keturunan iaitu jika lelaki tersebut mempunyai ibu atau saudara mara
wanita yang menghidap kanser payu dara maka risiko untuk dia menghidap
kanser yang sama tetap ada.

"Ia juga berkaitan dengan apa yang dipanggil sebagai sindrom
Klinfelter yang mana lelaki normal mempunyai kromosom XY tapi bagi
lelaki yang mempunyai sindrom ini mereka mempunyai kromosom XXY dan
mendedahkan mereka dengan penyakit kanser payu dara.

"Salah satu ciri yang ada pada penghidap sindrom ini adalah testisnya kecil dan banyak hormon wanita di dalam tubuhnya.

"Namun perlu saya ingat di sini bahawa kes sebegini sangat jarang berlaku," katanya.

Tambah Dr. Low, lelaki yang mengalami sirosis hati juga mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidap kanser payu dara.

Dalam pada itu, kanser payu dara lelaki ini boleh merebak ke
organ-organ lain seperti ke kelenjar limfa, ketiak atau sehingga ke
paru-paru dan tulang.

Dr. John berkata antara faktor risiko lain ialah pengambilan makanan
yang berlemak tinggi, kerap makan daging merah dan makanan segera serta
berminyak.

Dari segi prosedur diagnosis dan rawatan pula, ia tidak jauh berbeza dengan kanser payu dara wanita.

"Lelaki yang ada bengkak di payu dara juga akan dikehendaki menjalani ujian mamogram, ultra bunyi dan biopsi.

"Prosedur tersebut bagi mengesan kehadiran sel-sel kanser kerana
mungkin juga kelainan yang dilihat pada payu dara tersebut disebabkan
jangkitan kuman dan tidak semestinya kanser.

"Bagaimanapun bagi kes di mana kanser payu dara telah merebak ke limfa dan paru-paru, pembedahan segera perlu dijalankan.

"Pembedahan tersebut dinamakan mastektomi dan kami akan mengeluarkan nodus (nodes) limfa untuk mengetahui peringkatnya dan kemudian menentukan rawatan yang perlu diambil," katanya.

Menurut Dr. Low, ia akan diikuti dengan pengambilan ubat-ubatan
hormon untuk mengurangkan hormon wanita yang ada dalam tubuh lelaki
tersebut.

Bagi rawatan kimoterapi dan radioterapi pula bergantung kepada tahap keseriusan penyakit tersebut.

"Biasanya untuk lelaki, kami sarankan radioterapi supaya penyakit tersebut tidak berulang lagi.

"Penyakit ini kalau dikesan lebih awal memang boleh diubati malah
pesakit mungkin tidak perlu melalui porses kimoterapi sebaliknya hanya
ambil pil hormon selama lima tahun.

"Kesemua data yang digunakan untuk merawat kanser payu dara lelaki kami ambil daripada data kanser payu dara wanita.

"Cara rawatan kedua-duanya memang sangat serupa. Nasihat saya, lelaki
patut sedar tentang penyakit ini terutama jika di kalangan ahli
keluarga mereka ada yang menghidap kanser payu dara, jadi jika perlu
pergilah menjalani ujian secara berkala," ujarnya mengakhiri bicara.

- NOOR FAZRINA KAMAL

Sumber: Utusan

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/10450757570135467774noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4685367926315361099.post-15749160395171165232012-12-28T11:20:00.001+08:002012-12-28T11:20:27.120+08:00Khas Untuk Lelaki: Jaga Kesihatan Prostat Anda!

KUALA LUMPUR: "Isteri boleh meleteri suami
sehingga sampai di klinik doktor untuk memastikan suami menjalani ujian
prostat spesifik antigen (PSA)," kata Dr Amit Bahl, Pengarah Klinikal di
Pusat Hematologi and Onkologi Bristol, UK, secara berseloroh.

Pakar
perunding klinikal onkologi ini yang berada di sini baru-baru ini
berkata demikian merujuk kepada kanser prostat, kanser ketiga paling
lazim di kalangan lelaki di seluruh dunia dan kanser keempat paling
lazim di kalangan lelaki di Malaysia.

Kanser ini membabitkan kelanjar prostat, yang terdapat di belakang
pundi kencing. Jika kanser ini merebak lebih jauh, ia dikenali sebagai
kanser prostat metastatik; di mana kanser itu merebak daripada prostat
ke nodus limfa atau bahagian lain tubuh, khasnya ke tulang.

Bagaimanapun, terdapat rawatan bagi hampir semua jenis kanser
metastatik dengan matlamat utama adalah mengawal kanser daripada merebak
dan untuk melegakan simptom-simptom yang mengiringnya.

Paling Biasa

"Sehingga 29,000 kes dilaporkan di Asia Tenggara pada 2008. Kami
mendapati kesedaran terhadap saringan PSA masih kurang di bahagian Asia
ini termasuk hakikat yang lelaki Asia berasa malu untuk menceritakan
masalah prostat mereka.

"Kaum lelaki seharusnya sedia bertemu dengan pakar perubatan mereka
untuk mengetahui lanjut akan ujian PSA ini," jelas Dr Bahl kepada
sekumpulan wartawan tempatan.

Di Malaysia, 40.6 peratus daripada kes didiagnosis pada peringkat I
dan II.Ditanya akan apa yang boleh dilakukan oleh kaum lelaki untuk
menjauhi kanser prostat, Dr Bahl menjelaskan; "Apa sahaja yang baik bagi
jantung pasti baik untuk prostat anda. Dan ini termasuk senaman dan
kurangkan pengambilan daging merah."

Sarigan PSA

Saringan PSA adalah 95 peratus tepat dalam mengesan kanser. Ia
khasnya disyorkan bagi mereka yang mengalami simptom penyakit itu. Juga
ujian berulang disyorkan bagi mereka yang tidak menunjukkan simptom
sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun.

Bagaimanapun, mereka dengan simptom tetapi tidak didiagnosis sebagai
kanser prostat harus menjalani diagnosis ini setiap tahun.

"Kaum lelaki
harus menjalani saringan PSA seusia 50 tahun. Pada satu masa dahulu
mereka hanya perlu menjalani saringan ini apabila berada dalam
lingkungan usia 68 hingga 70 tahun, tetapi sekarang ini lelaki seawal 40
tahun menghadapi risiko lebih tinggi untuk mengalami kanser prostat,"
jelas Dr Bahl, yang kini adalah seorang daripada anggota Kumpulan Kajian
Klinikal Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan bagi kanser prostat
dan pundi kencing.

"Menjelang 2030, dijangkakan bilangan kes kanser
prostat akan berganda kepada 1.7 juta orang," kata Dr Bahl lagi.Apa yang
menyedihkan adalah 10 hingga 20 peratus daripada pesakit didiagnos
selepas kanser ini merebak.

Menurut Agensi Dalaman bagi Penyelidikan Terhadap Kanser, kadar
kejadian kanser prostat adalah tertinggi di Australia, New Zealand,
Eropah Barat dan Utara, dan Amerika Utara. Statistik juga menunjukkan
kaum lelaki Asia mendaftarkan kadar kejadian yang lebih rendah.

Bagaimanapun, peningkatan dalam saringan PSA juga membawa kepada penemuan lebih banyak kes kanser prostat.

Rawatan

Terdapat rawatan berlainan bagi kanser prostat metastatik termasuk
terapi hormon, imunoterapi, dan kemoterapi serta terapi sinaran.

Terapi hormon mencegah hormon semulajadi tubuh daripada membantu
pertumbuhan sel kanser prostat sementara kaedah rawatan imunoterapi bagi
kanser prostat metastatik membantu meningkat dan mengembalikan
kemampuan sistem imun untuk melawan kanser.

Rawatan kemoterapi bagi
penyakit kanser prostat metastatik menggunakan ubat-ubatan untuk
menghentikan pertumbuhan sel-sel kanser sama ada dengan membunuh sel-sel
terbabit atau menghalang mereka daripada membiak.

Di sebaliknya terapi sinaran menggunakan sinaran berkuasa tinggi
untuk membunuh sel-sel barah, membabitkan sel-sel yang berkenaan sahaja.

Juga menjalani Pemeriksaan Dubur Digital (DRE) dan saringan PSA awal
akan membantu mencegah diagnosis lewat kanser prostat. "Ramai pesakit
warga emas yang menghidap kanser prostat memilih untuk tunggu dan lihat
selepas didiagnosis dengan penyakit itu. Mereka tidak mempertimbangkan
pilihan rawatan radikal memandangkan mereka mungkin mengalami komplikasi
lain walaupun keadaan kesihatan mereka meruncing," tambah perunding
klinikal onkologi ini.

Adalah lebih baik untuk mengetahui status kesihatan seseorang melalui
ujian dan saringan ini seawal yang mungkin daripada terus berada dalam
ketakutan dan mendapat tahu terlalu lewat yang dirinya menghidap kanser
prostat.

Kesedaran

Bulan November diisytiharkan sebagai bulan untuk mengutip dana dan
bulan kesedaran terhadap kesihatan kaum lelaki; khususnya bagi kanser
prostat dan kanser lain yang berkaitan dengan lelaki.

Kempen kesedaran ini yang dimulakan di Melbourne, Australia, sebagai
tanda kesedaran menggalakkan kaum lelaki dari seluruh dunia untuk
menyimpan misai pada bulan itu melalui galakan daripada pasangan mereka.

Kempen-kempen kesedaran rasmi seperti ini antara lain popular di UK, Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand dan Belgium.-BERNAMA

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/10450757570135467774noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4685367926315361099.post-68222810233589482852012-12-28T08:59:00.002+08:002012-12-28T09:00:03.293+08:00Guna Facebook Cegah KanserBERAPA ramai antara kita berani bersuara sama ada menegur atau memarahi ahli keluarga, rakan, teman lelaki dan wanita mahupun orang asing yang merokok terutama jika ia dilakukan di depan mata?

Ya, memang ada yang berani namun jumlah mereka yang berdiam diri lebih ramai. Mungkin disebabkan malu, malas, takut dimarahi atau sudah serik menegur, kita bertindak mengambil keputusan untuk tidak bersuara lagi.

Kata-kata seperti ‘suka hati mereka, sudah sakit nanti tanggung sendiri’ dan ‘ala, mereka sudah besar, tahu fikir mana baik dan mana buruk’ selalu didengari apabila masalah untuk menegur si perokok tegar ini dibangkitkan.

Bagaimanapun, jangan sesekali berputus asa untuk terus menasihati mereka terutama anak muda agar menjauhi rokok mahupun perkara lain yang tidak sihat demi kesihatan diri.

Ini kerana, bahan di dalam rokok yang mengandungi tembakau itu adalah penyebab utama dan tertinggi kepada penyakit pembunuh di seluruh dunia iaitu kanser.

Justeru, berlandaskan sebab tanggungjawab dan menyayangi masyarakat, Persatuan Kanser Malaysia (NCSM) dengan kerjasama Courts Malaysia (Courts), melancarkan kempen mengenai bahaya dan pencegahan kanser secara inovatif melalui saluran laman sosial paling popular, facebook.

Pengarah Urusan NCSM, Rubi Ain Dahlan, berkata kempen yang dinamakan sebagai ‘I Choose’ atau ‘Saya Pilih’ ini bertujuan memberi pendedahan kepada golongan belia sama ada pelajar sekolah, kolej atau universiti terhadap penyakit ini yang boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat.

“Dengan kerjasama Courts, hari ini kami dapat melancarkan halaman facebook khas untuk golongan belia. Halaman ini istimewa kerana ia akan menjadi saluran utama bagi mereka berkongsi maklumat termasuk cara mengamalkan gaya hidup sihat daripada segi pengambilan bahan makanan, senaman dan seumpamanya sejak peringkat awal bagi menghindari kanser.

“Selain itu, dengan kewujudan halaman facebook ini, kami dapat memikat hati semua golongan belia apabila nada dan gaya bahasa yang digunakan bersesuaian serta digemari mereka.
“Golongan belia sememangnya berkeupayaan untuk menyerap maklumat yang banyak.

Oleh itu, kami berharap dapat menyalurkan pelbagai maklumat penting ini kepada mereka menerusi saluran komunikasi yang paling disukai agar dapat membentuk diri mereka untuk membuat pilihan bijak dengan mengatakan tidak kepada kanser,” katanya.

Menurut Rubi Ain, kajian menunjukkan pencegahan kanser bermula dengan gaya hidup sihat dan lebih wajar serta berkesan lagi sekiranya amalan itu dimulakan dari usia muda.

Tidak sukar, antara petua menjaga kesihatan untuk menjauhi kanser atau penyakit kronik lain adalah dengan menggunakan krim pelindung sinaran matahari, meninggalkan tabiat merokok dan mengurangkan diri terdedah daripada asap rokok, memakan lebih banyak buah-buahan atau sayur-sayuran segar serta elak pengambilan makanan yang siap diproses.

Tambahnya, kempen berkenaan juga adalah sebahagian daripada program Harapan Kami Untuk Kanak-Kanak iaitu satu usaha inisiatif berterusan anjuran NCSM dan Courts sejak 2010.
“Keluarga sihat adalah asas kebahagiaan anggotanya.

Seiring dengan konsep perniagaan Courts yang mengutamakan rumah tangga, amat penting bagi kami untuk membabitkan diri dan menyumbangkan usaha dalam kegiatan yang dapat meningkatkan tahap kesihatan masyarakat Malaysia,” kata Pengarah Negara Courts, Chris Yong.

Selain akan sentiasa dikemas kini dengan maklumat terkini mengenai cara mengurangkan risiko kanser, halaman ini juga memperkenalkan pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti koreografi tarian.

Menerusi medium sama, anda boleh menyaksikan sebuah video istimewa bertajuk Unlike Cigarettes yang mengandungi pandangan selebriti tempatan seperti Cheryl Samad, Jeremy Teo, Jojo Struys, Azura Zainal, Stephanie Chai, Julie Woon, Fuad, Will Quah dan Shawn Lee yang menggalakkan golongan belia untuk menghindari serta menghentikan tabiat merokok.

Satu lagi aktiviti yang boleh disertai oleh semua remaja warganegara Malaysia berusia 13 hingga 24 tahun ialah pertandingan membuat video.

Peserta hanya dikehendaki merakamkan diri mereka untuk berkongsi pendapat mengenai keburukan merokok dan menghantar rakaman video berkenaan sebelum 30 September 2012.

Lima peserta terbaik yang akan diadili oleh barisan panel bertauliah berpeluang memenangi hadiah menarik tajaan Courts seperti televisyen Samsung LED 32 inci, Apple iPod Shuffle 2G dan mesin pencetak foto Canon Selphy.

Untuk melihat dan mendapatkan maklumat berguna mengenai penyakit kanser ini, layari www.facebook.com/ichoosemalaysia.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/23

Oleh Hamizah Badiran

Sumber: Harian Metro

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/10450757570135467774noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4685367926315361099.post-73074189620060876152012-12-28T08:33:00.001+08:002012-12-28T08:35:00.155+08:00Bahaya Kekurangan Zat Besi

RASA letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung hingga mereka terlepas pandang dan menganggap ia perkara normal sehingga ia tidak diberikan perhatian serius.

PENING...kesihatan ibu boleh terganggu jika kekurangan zat besi.

Mereka mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap semua itu adalah kesan akibat perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya bagi seorang daripada tiga wanita, masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya.

Memandangkan seorang daripada tiga wanita mengandung mengalami
masalah kekurangan zat besi, keadaan itu lebih lazim berlaku daripada
yang disangka.

Walaupun masalah kesihatan itu bukan normal,
tetapi ia sering tidak diperiksa atau dirawat menyebabkan ramai ibu dan
bayi mengalami kesan kesihatan dalam jangka panjang.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr
Premitha Damodaran, berkata ramai masih tidak tahu masalah kekurangan
zat besi yang serius adalah merbahaya dan ia boleh menyebabkan masalah
kesihatan serius bukan saja kepada ibu, tetapi turut memberi kesan pada
bayi yang dikandungnya.

Beliau berkata, wanita bukan saja perlu mengambil zat besi yang
cukup semasa mengandung, tetapi ia juga penting sebelum proses
mendapatkan zuriat. Kepentingan zat besi semakin bertambah selepas
melahirkan anak dan sepanjang tempoh menyusukan anak.

“Zat besi
adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke
seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.

“Oleh itu,
wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri
ketika hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan
darah mereka.

“Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada
normal (12 hingga 15mg/dl) wanita menghadapi risiko mengalami jenis
anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi,” katanya.

Menurutnya, kekurangan zat besi dalam badan berpunca daripada diet yang
tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan
ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan.

Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih
banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan
juga tumbesaran bayi mereka.

Katanya, dianggarkan wanita
memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi ketika hamil iaitu
pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.

“Malangnya, ramai wanita memulakan kehamilan tanpa mempunyai simpanan
zat besi secukupnya untuk memenuhi permintaan lebih tinggi badan
terhadap mineral itu, menyebabkan anemia kekurangan zat besi yang
berlanjutan berlaku sehingga selepas melahirkan anak,” katanya.

Antara wanita yang berisiko mengalami anemia kekurangan zat besi selepas bersalin ialah:

Wanita yang disahkan menghidap anemia kekurangan besi semasa hamil

Wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak

Wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak

Ibu yang menyusukan bayinya

Bagaimana hendak mengetahui jika seseorang wanita itu mengalami anemia?
Antara gejala anemia yang sering dilaporkan ialah pucat, letih, lesu,
sesak nafas dan jantung berdegup laju.

Katanya, anemia ketika
hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan komplikasi
kehamilan yang serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, saiz bayi
yang kecil, koma dan paling membimbangkan ialah kemungkinan ibu
meninggal dunia.

Anemia ketika hamil boleh dikesan dengan penentuan tahap hemoglobin dalam darah melalui ujian darah.

Sebelum merancang untuk mengandung, wanita juga digalakkan berjumpa
doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam darah namun malangnya,
kebanyakan wanita hanya berjumpa doktor apabila sudah mengandung dan
ketika ujian darah dijalankan, mereka sudah pun didapati mengalami
anemia ringan.

Wanita hamil yang mempunyai kepekatan darah lebih
11g/dl adalah normal manakala yang mencatat 9 hingga 11g/dl menunjukkan
masalah anemia ringan, 7 hingga 8.9g/dl pula anemia sederhana dan
bacaan kurang daripada 7.0 mengalami masalah anemia tahap teruk.

Dalam keadaan lebih serius, rawatan perubatan diperlukan memandangkan
kumpulan wanita hamil itu menghadapi risiko kelahiran bayi pramatang dan
mendapatkan bayi dengan berat badan rendah ketika dilahirkan.

Menurut Dr Premitha, tahap keterukan dan punca anemia menentukan terapi
yang akan disyorkan oleh doktor, selain pesakit perlu membuat serba
sedikit perubahan gaya hidup dan pemakanan.

Bagi menambah
bekalan zat besi ketika proses mendapatkan zuriat, semasa hamil dan
menyusukan bayi, Dr Premitha menyarankan meningkatkan pengambilan
makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati,
bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang,
tembikai, labu, bijan dan tauhu.

“Dalam kebanyakan kes, doktor
mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia. Pilih rumusan
besi yang boleh diterima oleh badan kerana ia penting untuk memulihkan
kekurangan hemoglobin dan mengoptimumkan penyerapan zat besi, membantu
wanita menangani anemia semasa hamil dan juga mengurangkan kesan
sampingan seperti sembelit.

“Wanita yang menghadapi risiko
anemia juga boleh mempertimbangkan pilihan zat besi tambahan dengan
salutan perasa untuk melindungi rasa logam,” katanya.

Selain
itu, bagi meningkatkan keberkesanan terapi zat besi, ibu disyorkan
mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan
untuk mengurangkan kesan rencatan.

Vitamin C tambahan disyorkan
diambil bersama makanan kerana diketahui meningkatkan serapan zat besi
manakala teh dan kopi mengurangkan serapan zat besi jika diambil satu
atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan.

Kalsium
tambahan pula disyorkan diambil secara berasingan daripada zat besi,
contohnya sebelum tidur, untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan
zat besi.

Menurut Dr Premitha, wanita perlu terus mengambil
makanan kaya dengan zat besi dan pemakanan tambahan sehingga mereka
berhenti menyusukan bayi atau selama enam bulan selepas melahirkan anak,
yang mana lebih lewat.

Katanya, dalam kes anemia serius dan
mengancam nyawa, wanita mungkin perlu dimasukkan ke hospital, diberikan
pemindahan darah atau suntikan zat besi.

“Wanita hendaklah
sentiasa memastikan kesihatan mereka dengan melakukan ujian darah
apabila merancang untuk hamil, semasa hamil dan empat hingga enam minggu
selepas melahirkan anak.

“Mereka boleh mengekalkan kecergasan
masing-masing dengan mengambil jumlah zat besi yang secukupnya daripada
makanan dan pemakanan tambahan yang membantu meningkatkan paras
hemoglobin darah.

“Mereka dinasihatkan mendapatkan bantuan perubatan serta-merta jika terdapat simptom kekurangan zat besi,” katanya.

Memahami anemia dan kehamilan

Wanita hamil memerlukan 50 peratus lebih banyak zat besi.

Golongan berisiko adalah wanita yang pernah disahkan menghidap anemia
ketika kehamilan terdahulu, pernah mengalami kehilangan darah berlebihan
semasa melahirkan anak, wanita yang sudah melahirkan anak beberapa kali
dan ibu yang sedang menyusukan bayi.

Gejala dan kesan anemia terhadap kehamilan

Gejala anemia adalah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.
Risiko keguguran, kelahiran pramatang, bayi kecil, koma serta peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia.

Pengesanan

Pemeriksaan di klinik atau hospital untuk menentukan tahap hemoglobin dalam badan melalui ujian darah.

Sebelum merancang untuk mengandung, wanita digalakkan bertemu doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam badan mereka.

Pencegahan
dan rawatan Meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti
ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan
kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan dan
tauhu.

Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/05/06

Oleh Faizatul Farlin Farush Khan

Sumber
: Harian Metro Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/10450757570135467774noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4685367926315361099.post-24602928998587159952012-12-27T22:48:00.001+08:002012-12-27T22:48:18.871+08:00Dua Kesan Bahaya DemamSEPANJANG membesar, kanak-kanak sering terdedah kepada masalah
kesihatan yang biasa menyerang mereka, antaranya demam, selesema,
kesakitan di bahagian abdomen dan cirit-birit.

Menjadi perkara biasa sekiranya anak mengalami masalah kesihatan
berkenaan kerana ia sebahagian daripada proses membesar, tetapi ibu bapa
perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan yang cukup bagi berhadapan
dengan situasi itu.

Ini kerana, pengetahuan yang cukup mengenai penjagaan kesihatan
anak-anak dapat menyelamatkan nyawa mereka selain membebaskan anak
daripada kesakitan yang terlalu berat untuk ditanggung.

Pakar
perunding pediatrik dan kardiologi pediatrik, Datuk Dr Zulkifli Ismail,
yang mengulas mengenai tajuk ‘Jangkitan Biasa Anak-Anak dan Imunisasi’
dalam satu siri ceramah kesihatannya berkata, ibu bapa perlu faham apa
yang berlaku pada kesihatan anak mereka.

Misalnya, ibu bapa perlu tahu suhu badan kanak-kanak yang normal
adalah antara 36.6 hingga 37.5 darjah Celsius. Sekiranya lebih daripada
paras berkenaan, ia menandakan anak mereka mengalami demam.

Katanya, suhu badan akan lebih rendah pada waktu pagi, tetapi
meningkat pada penghujung hari selain memberi bacaan yang berbeza
sekiranya suhu disukat pada telinga dan mulut dengan perbezaan 0.5
darjah Celsius.

“Semua ibu bapa harus mempunyai termometer di
rumah supaya dapat memeriksa suhu badan sekiranya anak kelihatan tidak
sihat. Jika tanya pada saya, tidak perlu termometer yang mahal, tetapi
alat yang murah pun sudah memadai.

“Amat penting untuk mengesan demam kerana ia menjadi penanda simptom yang sedang berlaku dalam tubuh.

“Bagi suhu badan pada bacaan 37.5 darjah Celsius, ia sudah menandakan
demam dan suhu 38.5 darjah Celsius pula menunjukkan demam yang lebih
kuat,” katanya.

Bagi bayi pula, mana-mana demam boleh menjadi serius dan demam yang terlalu tinggi menyebabkan ketidakselesaan.

Katanya, masyarakat sering terlepas pandang dua penyebab demam yang
tinggi, iaitu ia boleh menyebabkan jangkitan di bahagian tengah telinga
hingga boleh menyebabkan pekak dan jangkitan air kencing yang boleh
merosakkan buah pinggang.

Apabila anak diserang demam, apa yang
boleh dilakukan ibu bapa adalah memberi anak minum air yang banyak dan
buka baju supaya suhu panas tidak terperangkap dalam tubuh.

Ibu
bapa atau penjaga juga boleh menggunakan span atau kain yang dibasahkan
dengan air paip dan ditekap pada tubuh anak untuk menarik panas keluar
dari badan.

Kain yang ditekap pada badan perlu dibasahkan
kembali sebaik ia mula panas dan proses diulang berkali-kali sehingga
suhu badan anak menurun.

Beliau menasihatkan ibu bapa supaya
tidak menggunakan air sejuk atau ais kerana ia boleh menyebabkan anak
menggigil dan apabila ia berlaku, badan akan bertindak balas dengan
menaikkan lagi suhu yang sudah pasti membahayakan anak mereka.

Katanya, ubat yang diberi pada anak ialah ubat yang diberi doktor
diambil melalui mulut atau rektal dan dilarang sama sekali memberikan
aspirin.

Walaupun ibu bapa dinasihatkan supaya tenang berhadapan
dengan demam anak-anak kerana dengan langkah yang betul demam dapat
dikawal, tetapi ada beberapa situasi di mana anak perlu dibawa berjumpa
doktor.

Situasi itu sekiranya bayi berusia di bawah enam bulan,
anak mengalami sawan, demam sudah berlarutan selama dua hari, jika demam
ada kaitan dengan simptom lain, anak menjadi lemah dan tidak mahu makan
atau minum, leher tegang, muntah dan menunjukkan sikap tidak keruan
kerana kemungkinan ia ada kaitan dengan jangkitan meningitis.

Beliau yang juga Pengerusi Program Pengasuhan Positif yang dimulakan
oleh Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) berkata, selain demam,
kanak-kanak juga sering mengalami selesema yang boleh disebabkan oleh
300 virus berlainan jenis.

Selesema dikenal pasti menerusi
bersin, mata berair, demam rendah, batuk, keletihan dan hidung berair.
Simptom ini perlu dirawat yang mana ia akan pulih dalam masa kurang
seminggu.

“Perkara biasa bagi kanak-kanak untuk mengalami
selesema sehingga sembilan kali dalam setahun terutama selepas memulakan
persekolahan tadika atau dihantar ke nurseri.

“Selain itu,
kanak-kanak juga mudah terdedah kepada batuk dan batuk bersama hidung
berair yang lazimnya berlaku apabila anak diserang selesema,” katanya.

Beliau berkata, ibu bapa perlu mengenal pasti jenis batuk yang dialami
anak mereka bagi mendapatkan rawatan bersesuaian seperti kepada bayi,
batuk bersama hidung berair dan nafas pendek.

Katanya, keadaan
boleh menjadi serius sekiranya batuk yang berlaku berterusan apabila ia
berkait rapat dengan bronchiolitis dan asma.

“Pada masa sama, ada jenis batuk yang dinamakan nocturnal yang hanya berlaku pada malam hari dan ia dikaitkan dengan asma.

“Batuk dengan bunyi berdesing dikaitkan dengan serangan asma manakala
batuk berserta pernafasan yang bising dikenali sebagai ‘croup’ manakala
batuk berserta demam dan nafas pendek dikaitkan dengan pneumonia.

“Ada juga batuk yang datang secara tiba-tiba seperti selepas makan kacang dan ia menunjukkan alahan,” katanya.

Bagi kes asma di kalangan kanak-kanak, Dr Zulkifli berkata, masalah itu
menyerang kira-kira 20 peratus kanak-kanak yang berusia antara dua
hingga tujuh tahun.

Asma yang mempunyai kaitan dengan batuk
berdesing pada malam hari menunjukkan berlaku jangkitan virus dan
inhaler akan diberikan oleh doktor bagi melegakan kesukaran bernafas.

“Ibu bapa dan penjaga perlu memainkan peranan mereka dalam menjaga
kesihatan kanak-kanak supaya mereka tidak terdedah dengan elemen yang
mampu mencetuskan masalah pernafasan ini antaranya tidak merokok di
rumah, tidak memelihara haiwan dan elak meletakkan permaidani di rumah,”
katanya.

Beliau berkata, ibu bapa perlu mengambil langkah
berjaga-jaga dan membawa anak mereka bertemu doktor sekiranya anak
mereka mengalami sakit abdomen kerana ia boleh menunjukkan satu keadaan
yang sangat bahaya kepada kanak-kanak itu.

Selain itu, menurut
Dr Zulkifli, anak kecil juga sering mengalami cirit-birit iaitu
pembuangan najis secara kerap dan terlalu cair yang menyebabkan risiko
dehidrasi.

“Kanak-kanak yang mengalami cirit-birit akan
kekurangan air dan ia boleh dilihat dari mulut mereka yang kering selain
kurang air mata dan kulit kering.

“Mereka perlu diberi air dalam jumlah sedikit, tetapi secara kerap dan meneruskan penyusuan susu ibu bagi bayi.

“Cara untuk mengelak perkara itu daripada berlaku adalah menjaga
kebersihan diri, persekitaran, sering mencuci tangan dan tidak
membiarkan susu lebih satu jam selepas dibancuh,” katanya.

Menurut Dr Zulkifli, imunisasi anak bermula daripada pemberian susu ibu
kerana ia membekalkan nutrien secukupnya pada bayi, bersih, selamat,
steril serta mempunyai antibodi yang melindungi tubuh.

Penyusuan
badan bersifat imunisasi pasif kepada bayi selain imunisasi aktif
seperti suntikan yang diberi mengikut umur bersesuaian berdasarkan carta
yang disediakan Kementerian Kesihatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/22

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/10450757570135467774noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4685367926315361099.post-58967262401589055382012-12-27T22:38:00.003+08:002012-12-27T22:41:33.570+08:00Awas Bayi Selesema SemingguBATUK dan selesema adalah penyakit lumrah di kalangan kanak-kanak. Setiap kanak-kanak pasti mengalami batuk dan selesema.

Malah, ibu bapa sering menerima komen seperti “biasalah
budak-budak” apabila mengeluh mengenai anak mereka yang mengalami gejala
ini. Bilakah batuk selesema dianggap biasa dan bilakah perlu
dirisaukan?

Batuk dan selesema sering disebabkan jangkitan virus. Ini mudah
berlaku kerana daya ketahanan kanak-kanak tidak sekuat orang dewasa,
terutama bayi.

Insiden batuk dan selesema juga lebih kerap berlaku jika anak
dihantar ke tadika atau rumah pengasuh, di mana anak terdedah kepada
ramai kanak-kanak lain.

Begitu juga anak yang mempunyai abang atau kakak yang bersekolah,
di mana si kecil akan kerap dijangkiti kuman yang dibawa pulang oleh
abang atau kakak daripada sekolah.

Bagaimanapun, berlaku juga kes batuk dan selesema berlarutan
hingga berminggu-minggu atau menjadi lebih teruk. Dalam kes sebegini,
rawatan perlu ditingkatkan dan punca batuk dan selesema perlu dikenal
pasti.

Batuk dan selesema yang sering dijangkiti kanak-kanak biasanya
tidak melarat hingga lebih seminggu. Pada peringkat awal, kanak-kanak
mungkin demam sedikit tapi ia akan berkurangan dan batuk juga akan reda.
Nafas biasanya tidak kencang dan kanak-kanak biasanya aktif seperti
biasa.

Punca lain termasuk jangkitan paru-paru (pneumonia), alahan seperti allergic rhinitis (resdung) dan asma.

Tanda yang anak mungkin mengalami jangkitan paru-paru ialah:

demam (suhu tinggi)

nafas laju

dada berombak

apabila anak bernafas, ada lekuk di antara tulang rusuk

hidung mungkin kembang kuncup

Pneumonia dapat dikenal pasti melalui pemeriksaan doktor dan juga
menerusi sinaran-X. Jika doktor mengesyaki anak menghidap pneumonia,
antibiotik akan diberi bersama ubat demam. Jika ada bunyi berdehit,
rawatan spesifik akan diberi.

Kebanyakan kes pneumonia sembuh tanpa komplikasi. Bagaimanapun,
ada beberapa kes dengan komplikasi seperti cecair atau nanah di dalam
paru-paru berlaku.

Dalam kes sebegini, pembedahan mungkin diperlukan untuk memasukkan
tiub bagi mengeluarkan cecair atau nanah. Komplikasi sebegini lebih
kerap berlaku dengan jangkitan kuman seperti pneumokokkus dan
staphylokokkus.

Alahan dan asma

Batuk dan selesema mungkin disebabkan alahan yang juga boleh
menyebabkan asma. Biasanya punca gejala dalam kes sebegini ialah habuk,
asap terutama asap rokok, debunga dan bulu haiwan seperti kucing, arnab
dan anjing.

Julat gejala apabila terdedah kepada alergen (bahan yang
menyebabkan alahan) agak luas, daripada bersin setiap pagi (sering
dikenali sebagai resdung) kepada berdehit. Di samping itu, mungkin juga
ada tanda lain seperti ekzema pada kulit.

Allergic rhinitis

Kanak-kanak yang mengalami masalah ini sering selesema pada waktu
pagi dan ‘sembuh’ apabila tengah hari. Mereka menjadi sihat dan aktif
seperti biasa. Kadangkala hidung berasa tersumbat dan apabila diperiksa,
didapati sama ada banyak hingus di dalam rongga hidung atau tisu
dikenali sebagai ‘inferior turbinate’ bengkak.

Rawatan untuk allergic rhinitis ialah menggunakan semburan hidung
untuk membersihkan rongga hidung serta semburan mengandungi ubat untuk
mengurangkan bengkak pada ‘inferior turbinate’. Di samping itu, ubat
‘antihistamine’ juga mungkin diberikan. Adalah penting untuk mengenal
pasti dan mengelak punca alahan.

Secara amnya, punca alahan membabitkan:

asap, terutama asap rokok

habuk, termasuk yang terperangkap pada mainan berbulu dan permaidani

bulu haiwan peliharaan

debunga

wangian

Asma

Asma ialah tindak balas paru-paru terhadap alahan iaitu saluran
pernafasan (bronkus) menjadi sempit akibat pendedahan kepada alahan.

Ini menyebabkan pesakit mengalami batuk serta kesukaran bernafas.
Tidak semua kanak-kanak yang mempunyai asma mengalami berdehit.

Tanda asma termasuk:

batuk pada waktu malam dan awal pagi

batuk atau berdehit selepas bermain

nafas laju dan dada berombak

lekuk di antara tulang rusuk dan di leher ketika bernafas

kedengaran bunyi nada tinggi ketika bernafas. Ini dikenali sebagai berdehit

Jika anak mengalami serangan asma, doktor akan memberi ubat dalam
bentuk nebuliser di klinik. Ini akan disusuli dengan ubat sama dalam
bentuk ‘inhaler’ atau ubat air.

Rawatan pencegah dalam bentuk inhaler diberi kepada kanak-kanak
yang mengalami batuk malam lebih tiga malam seminggu, yang mengalami
serangan asma kerap atau serius.

Ubat ini perlu digunakan setiap hari walaupun anak sihat untuk
mengelak terkena serangan. Di samping menggunakan ubat, doktor akan
menasihati supaya menghindari punca alahan.

Alahan dan asma ialah masalah keturunan. Oleh itu, jika ibu bapa
mengalami masalah ini, kemungkinan besar anak juga mengalami masalah
sama. Ia tidak boleh disembuhkan.

Tujuan rawatan ialah menghindari serangan supaya anak aktif
seperti biasa dan dapat mengambil bahagian dalam aktiviti di sekolah.

Biasanya kekerapan serangan berkurangan apabila kanak-kanak
membesar. Bagaimanapun, perlu diingatkan, serangan asma boleh menjadi
serius dan dalam kes tertentu, boleh membawa maut. Oleh itu, pemantauan
rapi dan penggunaan ubat dengan betul adalah penting.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/25

Sumber : Harian Metro

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/10450757570135467774noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4685367926315361099.post-7855372591394907852012-12-27T22:29:00.002+08:002012-12-27T22:32:15.230+08:00Cara Nabi Jaga Kesihatan DiriBAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan
Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan
sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.

Kali ini penulis ingin kongsikan bersama cara hidup sihat Nabi
Muhammad amalkan. Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit,
tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja.

Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas
berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap
pelbagai penyakit serta penderitaan.

Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpenyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:

Selalu bangun sebelum subuh

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi
melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan
pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit
tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

Aktif menjaga kebersihan

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat,
Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta
memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang
dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis
riwayat Muslim)

Tidak pernah makan berlebihan

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak
makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak
sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk
udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan
berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu
berpuasa sunat.

Gemar berjalan kaki

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan
mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir,
roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita
sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan
kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita
pergi.

Tidak pemarah

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini
menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada
jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan
mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan
apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera
mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta
menghilangkan gundah
di hati.

Optimis dan tidak putus asa

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi
kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras
serta tawakal kepada Allah s.w.t.

Tidak pernah iri hati

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita
perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku
dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat
mahmudah.”

Pemaaf

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan
ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita
daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya,
banyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat
dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/05/20

Sumber: Harian MetroAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/10450757570135467774noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4685367926315361099.post-32300900414173197512012-12-27T22:21:00.004+08:002012-12-27T22:21:52.098+08:00Ubat Bertukar RacunDEWASA ini penggunaan ubat-ubatan tradisional dan komplementari (TCM)
semakin mendapat kepercayaan berikutan kerancakan aktiviti penyelidikan
dan kecanggihan teknologi yang digunakan pengeluar.

PENGGUNA perlu merujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu sebelum mengambil ubat-ubatan tradisional. - Gambar hiasan

Ubat itu termasuk ubat tradisional Melayu dan Cina, selain rawatan ayurveda, homeopati dan akupuntur.

Bagaimanapun, bukan semua produk yang dikatakan ubat itu boleh
menyembuhkan penyakit. Malah, banyak kes berkaitan ubat tradisional dan
alternatif sebelum ini didapati mendatangkan mudarat.

Berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak 11,885
produk TCM telah didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD)
setakat ini.

Namun, pada tahun lepas, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan
(BPFK) menerima 127 laporan kesan mudarat akibat penggunaan produk
tradisional termasuk yang didaftarkan dengan PBKD.

Ujian

BPFK mengesan pelbagai produk tradisional yang dicemari dengan bahan
terkawal atau racun berjadual seperti steroid, sibutramine (ubat
langsing) dan sildenafil (ubat kuat lelaki).

Bahan-bahan terkawal itu berfungsi untuk menahan kesakitan selain
bertindak melangsingkan badan seseorang. Ia juga didakwa mampu menambah
kekuatan tenaga batin lelaki dan wanita.

Mengulas isu ini, Pengarah Pusat Racun Negara, Universiti Sains
Malaysia (USM), Prof. Madya Razak Lajis memberitahu, kebanyakan ubat
tradisional dan alternatif tidak melalui fasa ujian klinikal bagi
mengenal pasti produk tersebut selamat digunakan.

“Produk yang telah didaftarkan ini hanya melalui ujian keselamatan
penting di BPFK seperti saringan steroid, logam berat dan bahan
terlarang berdasarkan dakwaan khasiat oleh pengeluar atau pengedar.

“Dakwaan yang dinyatakan oleh pengeluar mungkin terhad kepada kajian
ke atas haiwan, testimoni pengguna dan rujukan secara turun-temurun,”
katanya.

Namun begitu, Razak menjelaskan tidak semua produk tradisional memberi kesan sampingan kepada pengguna.

“Sama seperti ubat-ubatan moden, ada yang memberi kesan sampingan dan ada yang tidak.

“Apa yang penting pengguna yang mengambil ubat ini perlu merujuk pakar perubatan terlebih dahulu,” katanya.

JANGAN berhenti mengambil ubat-ubatan moden walaupun serasi dengan ubat-ubatan tradisional. - Gambar hiasan

Beliau juga mengingatkan penghidap penyakit kronik seperti darah
tinggi dan kencing manis bahawa rawatan moden dan tradisional hanya
berfungsi untuk mengawal penyakit tersebut dan bukan memulihkannya.

Pakar

Katanya lagi, pesakit tidak harus berhenti daripada mengambil
ubat-ubatan moden walaupun mereka sedang mencuba rawatan alternatif.

“Ini kerana ubat-ubatan tersebut dapat membantu mengelakkan penyakit tersebut daripada melarat.

“Ubat moden mesti diambil walaupun ubat tradisional terbabit mula menunjukkan kesan positif,” katanya.

Ujarnya lagi, ini bagi menggelakkan sebarang interaksi bahaya antara ubat-ubatan.

“Ubat tradisional berfungsi pada bahagian tertentu dalam badan sama seperti ubatan moden.

“Jika saling berinteraksi, ia mungkin mendatangkan bahaya pada
individu itu selain mendedahkan pengguna kepada penyakit seperti
kerosakan buah pinggang,” katanya.

Razak menambah, status kesihatan dan penyakit sedia ada adalah faktor yang mempengaruhi keberkesanan ubat tradisional.

“Sentiasa rujuk pada label dan kandungan ubat tersebut. Jika ragu-ragu, beli ubat tersebut di farmasi berdaftar,” katanya.

Seorang pakar farmasi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak
Alam, Aida Azlina Ali, berkata bukan semua orang perlu mengambil
ubat-ubatan tradisional.

“Jika seseorang telah mengamalkan diet yang sempurna dan berkhasiat, tubuh mereka tidak memerlukan ubat tersebut.

“Ini kerana pengambilan ubat tradisional tanpa mengikut keperluan
boleh bertukar menjadi toksik yang membahayakan tubuh,” katanya.

Beliau turut menasihatkan mereka yang ingin mengambil produk TCM supaya bertanya kepada pakar perubatan sebelum menggunakannya.

“Mungkin ubat itu berkesan untuk jangka masa pendek sahaja. Teliti dahulu kandungannya serta rujuklah pakar.

“Selain itu, jangan sekali-kali meninggalkan ubat moden kerana
kebanyakan ubat sebegini telah menjalani pelbagai ujian klinikal sebelum
diluluskan,” katanya.

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

Sumber: Kosmo Online

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/10450757570135467774noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4685367926315361099.post-13318887172456265392012-12-27T22:15:00.000+08:002012-12-27T22:15:02.518+08:00Bahana Kencing TikusBANYAK pihak terkejut apabila deejay dan personaliti radio dan
televisyen popular, Din Beramboi dilaporkan terpaksa dirawat di unit
rawatan rapi (ICU) Hospital Selayang setelah dipercayai dijangkiti
kuman kencing tikus baru-baru ini.

TIKUS mula aktif seks seawal usia enam minggu dan boleh melahirkan sehingga 170 ekor anak sepanjang hayatnya.

Pelbagai teori tiba-tiba muncul apatah lagi Din jatuh sakit beberapa
hari selepas dia menjalani penggambaran di Zoo Negara. Bagaimanapun,
Din disahkan meninggal dunia akibat demam denggi berdarah.

Jangkitan kuman kencing tikus atau leptospirosis yang jarang berlaku
itu dipercayai menular daripada haiwan kepada manusia dan kebiasaannya
terjadi secara kebetulan.

Menurut Pakar Perunding Veterinar, Dr. Intan Suriati Abdul Manaf,
leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira
sp. yang sangat tipis dan berbentuk pilin seperti mata gerudi.

Bakteria Leptospira juga boleh hidup dalam air tawar selama sebulan malah ia juga boleh membiak di air masin.

170 anak

“Banyak haiwan yang boleh menjadi pembawa kepada bakteria Leptospira,
tidak kira ia haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, lembu, babi,
kuda, anjing dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.

“Bagaimanapun, tikus dikesan sebagai penyebar utama bakteria ini
kerana kitaran hidupnya yang suka makan dan tinggal di tempat kotor
(menjadi tempat bakteria Leptospira membiak).

“Iklim negara yang lembap menjadi faktor terbaik kepada pembiakan
bakteria ini. Malah, pada suhu sederhana ia boleh hidup lebih lama,”
katanya.

Tambah Intan, kitaran hidup tikus yang cepat membiak dan sukar dikawal membantu penyebaran bakteria dengan lebih meluas.

“Jangka hayat tikus betina adalah di antara dua dan tiga tahun
tetapi ia sudah boleh bunting dan aktif seks hanya dalam tempoh enam
minggu.

“Setiap kelahiran, tikus boleh melahirkan lima hingga tujuh ekor
anak tikus. Tikus betina boleh bunting sebaik melahirkan anak,” kata
Intan.

Secara purata, dalam kitaran hidup seekor tikus betina, ia boleh
bunting sehingga 28 kali dan melahirkan sehingga 170 ekor anak.

Tikus gemarkan sampah dan air bertakung seperti di lorong belakang
hotel terkemuka, kolong bawah tanah hinggalah ke petak sawah atau
kandang kuda. Rumah yang dijaga rapi juga tidak terkecuali daripada
menjadi sasaran makhluk perosak tersebut.

“Bakteria Leptospira akan tersebar melalui cecair yang dikeluarkan
oleh tikus seperti air kencing, air liur, darah, air mani dan najis.

Rumput

“Malah, tikus betina yang bunting boleh memindahkan bakteria tersebut kepada anak dalam kandungannya.

“Bakteria daripada kencing tikus juga boleh tersebar melalui air
atau tanah. Menyentuh pokok atau tanah lembap yang tercemar juga boleh
memindahkan bakteria kepada manusia.

“Oleh sebab itu, saya mengesyorkan pemakaian sarung tangan sewaktu
melakukan kerja-kerja berkebun dan basuh tangan menggunakan antiseptik,”
kata Intan.

Menurut beliau, jangkitan terus bakteria Leptospira daripada tubuh
tikus jarang dilaporkan sebaliknya terjadi apabila haiwan peliharaan
seperti kucing atau anjing meminum air dari lopak yang sudah dicemari
dengan kencing tikus.

“Kebiasaannya kucing yang meminum air dari tempat bertakung yang
telah dicemari kencing tikus berisiko tinggi untuk mendapat
leptospirosis.

“Pemilik kucing yang membersihkan kucing dan tersentuh dengan
kencing, air liur, tisu atau permukaan lembap lain juga akan terdedah
kepada jangkitan ini,” ujarnya.

Gerudi

Simptom penyakit hanya akan muncul dalam masa empat hingga 12 hari
selepas kuman atau bakteria Leptospira menjangkiti haiwan atau manusia.

“Lazimnya, bakteria ini boleh memasuki badan manusia melalui luka
atau tisu lembut seperti dalam mulut, hidung atau mata. Jika kita pegang
haiwan yang dijangkiti leptospirosis dan makan tanpa mencuci tangan,
bakteria tersebut akan turut memasuki tubuh sebelum memasuki saluran
darah.

“Bakteria ini akan menggerudi sel-sel dalam badan termasuk hati dan
buah pinggang. Malah, dua organ tersebut adalah lokasi utama pembiakan
bakteria ini.

“Akibatnya, sel-sel organ penting haiwan yang diserang bakteria ini
akan rosak dan gagal berfungsi manakala pembuluh darah akan pecah
sehingga membawa kepada kencing berdarah,” jelas Intan.

Dalam kes serius, leptospirosis boleh menyebabkan kematian. Tahap
jangkitan berbeza antara individu atau haiwan mengikut daya ketahanan
masing-masing.

“Sukar untuk mengenal pasti jangkitan ini pada peringkat awal kerana simptom yang ditunjukkan sangat umum.

“Pemeriksaan terperinci melibatkan ujian makmal, ujian darah,
analisis air kencing dan beberapa ujian lain perlu dilakukan sebelum
mengetahui ia berpunca daripada Leptospira,” ujarnya.

Kata Intan, simptom akan menjadi lebih serius apabila penyakit
memasuki fasa kedua dan ketiga kerana ia boleh menyebabkan kegagalan
fungsi buah pinggang dan kerosakan hati.

SEORANG petugas Zoo Negara mengusap tikus terbesar 'Capybara' baru-baru ini. - Gambar hiasan

“Apabila dijangkiti, biasanya bakteria Leptospira mengambil masa
sekitar 10 hari untuk sampai ke organ penting sebelum menimbulkan
gejala.

“Dalam tempoh ini, rawatan sewajarnya perlu diberikan untuk mengelak komplikasi tidak diingini,” kata Intan.

Seperti jangkitan bakteria lain, leptospirosis boleh dirawat dengan
mengambil antibiotik seperti penisilin, streptomisin, eritromisin,
tetrasiklin dan doksisiklin.

“Kos ujian mengenal pasti bakteria Leptospira tinggi sehingga
menyebabkan kebanyakan pemilik haiwan yang dijangkiti kuman itu hanya
mengambil rawatan berdasarkan simptom yang ditunjukkan haiwan peliharaan
mereka.

“Untuk tujuan itu, antibiotik adalah pilihan utama namun ia tidak
akan membunuh bakteria itu sepenuhnya sebaliknya hanya meredakan simptom
jangkitan seperti demam panas, muntah, cirit-birit atau demam kuning.

“Malah selepas tiga bulan ia sihat secara klinikalnya, bakteria itu masih ada di tubuhnya,” jelasnya.

Sumber: Kosmo Online

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/10450757570135467774noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4685367926315361099.post-55477200982138715202012-12-27T22:09:00.001+08:002012-12-27T22:09:11.114+08:00Aktif Bersenam Pintar MatematikBIJAK dalam subjek Matematik menjadi salah satu kelebihan kanak-kanak yang aktif khususnya mereka yang mengalami obesiti.

Senaman biasa boleh menambah kemampuan kanak-kanak obes, yang
biasanya hanya duduk diam, untuk berfikir, membuat pelbagai rancangan,
bahkan bertambah baik dalam Matematik.

Demikian penemuan oleh pengkaji di Universiti Sains Kesihatan Georgia, Amerika Syarikat (AS).

Mengapa mata pelajaran Matematik? Tidak dijelaskan sebabnya, namun
alasan utama kerana Matematik adalah subjek yang memiliki tahap
kesukaran yang lebih tinggi berbanding mata pelajaran lain.

Para pengkaji juga berharap agar bukan kanak-kanak obes sahaja yang
perlu bersenam setiap hari, bahkan mereka yang bertubuh normal.
Penyelidikan tersebut didasarkan pada kajian ke atas 171 orang
kanak-kanak terlebih berat badan berusia antara tujuh hingga 11 tahun di
AS.

Setelah melakukan senaman setiap hari, terdapat perkembangan yang
sangat signifikan dari segi kecergasan dan penguasaan mereka dalam
matematik. Menurut laman web Pysch Central, selepas dilakukan imbasan
MRI terhadap otak kanak-kanak tersebut, terdapat peningkatan aktiviti
otak di korteks prefrontal iaitu kawasan yang digunakan untuk berfikir.

Selain itu, kecerdasan otak (IQ) turut bertambah. Semakin kerap
mereka bersenam, semakin tinggi IQ mereka. Rata-rata berlaku peningkatan
sebanyak 3.8 mata untuk mereka yang bersenam selama 40 minit sehari
selama tiga bulan.

Senaman yang dilakukan adalah pelbagai. Ini termasuk berlari, lompat tali dan bersenam.

Semua aktiviti itu juga merangsang otak. Ini memandangkan senaman membuatkan aliran darah serta oksigen ke otak berjalan lancar.

Faktanya, seseorang tidak mungkin boleh bergerak jika otaknya tidak
aktif. Untuk aktif, oksigen diperlukan sekali gus menjadikan kedua-dua
aktiviti dan oksigen saling berkait.

Sumber: Kosmo Online

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/10450757570135467774noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4685367926315361099.post-48096150549161148032012-12-27T22:02:00.002+08:002012-12-27T22:03:20.827+08:00Diabetes Sebabkan Mati MengejutKEMATIAN mengejut wartawan penyiaran NBC News, Tim Russert, 58,
dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, 59, pada tahun 2008
memeranjatkan ramai orang.

Tidak terkecuali Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharom, 50,
dan penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, pada
tahun 2009.

Kesemua mereka meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung.

Biarpun begitu, petanda awal kepada serangan jantung itu sudah diduga kerana masing-masing merupakan penghidap diabetes.

Perkara tersebut diakui oleh Ketua Endikronologi, Pusat Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Nor Azmi Kamaruddin.

Jelas Nor Azmi, selain daripada kesan fizikal seperti gangren iaitu
anggota tubuh mati atau membusuk akibat diabetes, penyakit itu juga
menjadi pencetus kepada pelbagai penyakit kronik yang lain.

“Ramai orang yang hanya mengaitkan diabetes dengan kesan buruk yang
berakhir dengan kaki pesakit terpaksa dipotong. Namun, hakikatnya ia
boleh menyumbang kepada masalah kesihatan seperti kegagalan fungsi buah
pinggang, katarak mata, sakit jantung dan serangan angin ahmar,” kata
Nor Azmi.

Menurut kajian di Amerika Syarikat, sakit jantung yang berpunca
daripada diabetes merupakan sebab utama kematian di negara itu iaitu
sebanyak 55 peratus. Sebanyak 10 peratus pula kematian disebabkan
angin ahmar yang berpunca daripada diabetes.

Obesiti

“Statistik itu hampir sama jika dibandingkan dengan pesakit di Malaysia.

“Justeru anda seharusnya mengambil langkah yang penting bagi
mengelakkan kedua-dua penyakit yang boleh meragut nyawa itu,” katanya
ketika membentangkan hasil kaji selidik pesakit diabetes PPUKM di
Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam kaji selidik tersebut, pihaknya mendapati majoriti penghidap
penyakit itu terdiri daripada mereka yang mengalami obesiti.

Perkara itu dibuktikan apabila 62 peratus responden dalam kajian
tersebut adalah terdiri mereka yang mengalami obesiti ketika pertama
kali didiagnosis dengan diabetes.

“Pesakit yang mengalami obesiti dan berat badan berlebihan mempunyai
risiko yang besar dalam menyebabkan komplikasi penyakit diabetes.

“Justeru perkara utama yang perlu dilakukan bagi mengelakkan
penyakit jantung dan angin ahmar serta penyakit bahaya lain yang
disebabkan oleh penyakit diabetes adalah dengan mengawal berat badan,”
katanya lagi.

Kebimbangan terhadap penularan penyakit tersebut perlu diambil kira
kerana kira-kira seorang daripada tujuh rakyat Malaysia merupakan
penghidap diabetes.

Tambah Nor Amin, kaedah utama untuk menjauhkan diri daripada masalah
diabetes adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Bukan sahaja dengan mengawal makanan yang diambil bahkan bersenam sebagai kaedah pencegahan.

“Jika kita mengubah gaya hidup dengan mengamalkan gaya hidup yang
lebih sihat sekarang, ini bermakna statistik obesiti dan penyakit
diabetes di negara ini akan menurun dalam tempoh 20 tahun lagi.

“Memang payah untuk mengurangkan berat badan dan mengawal diabetes.
Tetapi dengan kaunseling yang betul dan intervensi gaya hidup, hal ini
boleh diatasi,” katanya.

Jelas Nor Azman lagi, ibu bapa seharusnya peka terhadap masalah
obesiti dalam kalangan anak-anak kerana masalah obesiti di peringkat
umur tersebut sukar dikawal kerana faktor perkembangan sel.

Berbeza pula seseorang yang mengalami kegemukan pada usia dewasa kerana ia kurang melibatkan penghasilan sel lemak baharu.

“Kegemukan pada usia kanak-kanak melibatkan penghasilan sel. Justeru adalah begitu sukar untuk mengurangkan berat badan mereka.

“Berbeza pula bagi golongan dewasa kerana kegemukan berlaku akibat
pembesaran saiz sel tersebut dan lebih mudah untuk menurunkan berat
badan,” tutur Nor Azmi.

Oleh SYALMIZI HAMID - Kosmo Online

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/10450757570135467774noreply@blogger.com0