Friday, December 28, 2012

1 Ramai Yang Tidak Subur

HASIL daripada kajian terbaru yang dijalankan ke atas 1,000 wanita di 10 negara Asia termasuk Malaysia, mendedahkan tentang ceteknya pengetahuan mengenai kesuburan yang menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan. Kajian yang dinamakan Starting Families Asia itu dilakukan oleh Merck Serono, sebuah syarikat farmasutikal antarabangsa berpangkalan di Darmstadt, Jerman, dengan kerjasama Bahagian Kesuburan dan Endokrinologi Reproduktif di Pusat Wanita, Hospital Universiti Kebangsaan (NUH), Singapura. Kajian yang merupakan terbesar di Asia itu telah disahkan oleh Asia Pacific on Reproduction (ASPIRE) dan dijalankan di antara tahun 2011 hingga 2012. Ia...

0 Melawan Kanser Payu Dara

SEDIH, takut dan malu. Perasaan ini pasti menyelubungi pesakit payu dara. Lebih-lebih lagi, hilangnya teman ketawa senda seperti dulu. Wanita pula semakin kurang keyakinan apabila kehilangan perhiasan diri itu. Mungkin itulah aset keindahan wanita. Kehilangannya akibat barah tetap memberikan kesan mendalam kepada wanita. Justeru, MBF Cards (M) Sdn Bhd dengan Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur (PPPKL) telah mengadakan ceramah kanser payu dara dan rahim Julai lalu. Dalam pada itu, meneruskan Kempen Kesihatan Merah Jambu, kedua-duanya menawarkan pakej kesihatan termasuk vaksin HPV, pemeriksaan payu dara dan pap smear bernilai RM 580 di...

1 Kanser Payu Dara Lelaki

"Cara pengesanan, diagnosis serta rawatannya memang sama dengan kanser payudara wanita. Di Malaysia, kes kanser payu dara lelaki memang tidak begitu tinggi berbanding wanita dengan satu peratus saja kes dicatatkan.  "Namun begitu tidak bermakna lelaki harus mengabaikan segala perubahan yang terjadi di bahagian payu dara mereka kerana sikap tersebut boleh menyebabkan mereka yang sendiri menanggung penderitaannya," ujar pakar onkologi dari Hospital Pantai Bangsar, Kuala Lumpur, Dr. John Low. Walaupun peratusan kes kanser payu dara lelaki amat sedikit berbanding wanita tetapi menurut Dr. John, jumlah penghidapnya meningkat dari...

1 Khas Untuk Lelaki: Jaga Kesihatan Prostat Anda!

KUALA LUMPUR: "Isteri boleh meleteri suami sehingga sampai di klinik doktor untuk memastikan suami menjalani ujian prostat spesifik antigen (PSA)," kata Dr Amit Bahl, Pengarah Klinikal di Pusat Hematologi and Onkologi Bristol, UK, secara berseloroh. Pakar perunding klinikal onkologi ini yang berada di sini baru-baru ini berkata demikian merujuk kepada kanser prostat, kanser ketiga paling lazim di kalangan lelaki di seluruh dunia dan kanser keempat paling lazim di kalangan lelaki di Malaysia. Kanser ini membabitkan kelanjar prostat, yang terdapat di belakang pundi kencing. Jika kanser ini merebak lebih jauh, ia dikenali...

1 Guna Facebook Cegah Kanser

BERAPA ramai antara kita berani bersuara sama ada menegur atau memarahi ahli keluarga, rakan, teman lelaki dan wanita mahupun orang asing yang merokok terutama jika ia dilakukan di depan mata? Ya, memang ada yang berani namun jumlah mereka yang berdiam diri lebih ramai. Mungkin disebabkan malu, malas, takut dimarahi atau sudah serik menegur, kita bertindak mengambil keputusan untuk tidak bersuara lagi. Kata-kata seperti ‘suka hati mereka, sudah sakit nanti tanggung sendiri’ dan ‘ala, mereka sudah besar, tahu fikir mana baik dan mana buruk’ selalu didengari apabila masalah untuk menegur si perokok tegar ini dibangkitkan. Bagaimanapun, jangan...

0 Bahaya Kekurangan Zat Besi

RASA letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung hingga mereka terlepas pandang dan menganggap ia perkara normal sehingga ia tidak diberikan perhatian serius. PENING...kesihatan ibu boleh terganggu jika kekurangan zat besi. Mereka mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap semua itu adalah kesan akibat perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya bagi seorang daripada tiga wanita, masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya. Memandangkan seorang daripada tiga...

Thursday, December 27, 2012

0 Dua Kesan Bahaya Demam

SEPANJANG membesar, kanak-kanak sering terdedah kepada masalah kesihatan yang biasa menyerang mereka, antaranya demam, selesema, kesakitan di bahagian abdomen dan cirit-birit. Menjadi perkara biasa sekiranya anak mengalami masalah kesihatan berkenaan kerana ia sebahagian daripada proses membesar, tetapi ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan yang cukup bagi berhadapan dengan situasi itu. Ini kerana, pengetahuan yang cukup mengenai penjagaan kesihatan anak-anak dapat menyelamatkan nyawa mereka selain membebaskan anak daripada kesakitan yang terlalu berat untuk ditanggung. Pakar perunding pediatrik dan kardiologi pediatrik,...
 

Blog Informasi Kesihatan Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates